Kelantan FM Online

Tabung Bencana Alam RTM

Bagi membantu mangsa bencana alam Gempa Bumi di Padang, Indonesia, RTM Melancarkan

Tabung Bencana Alam RTM


Hulurkan sumbangan anda dengan menghantar cek diatas nama

Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri

Dan hantar ke:
Ketua Pengarah Penyiaran,
Jabatan Penyiaran Malaysia,
Tingkat 2, Wisma TV,
Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Atau boleh menghubungi
Bahagian Komunikasi Korporat RTM

03-2288 7200
03-2288 7089
03-2288 7241

Sumbangan juga boleh dihantar kepada

Pengarah Penyiaran di negeri masing-masing (RMKelantan FM)
Sekapur Sireh Dari Pengarah Minimize

Radio Malaysia Kelantan FM akan terus menyajikan info yang menarik dan berinformasi serta memenuhi citarasa pendengar,bagi mendepani cabaran dan persaingan.Radio Malaysia Kelantan FM ,mengalu-alukan kunjungan saudara ke blog kelab pendengar ini, sekaligus menjadi manifestasi komitmen dan iltizam saudara kepada Radio Malaysia Kelantan FM.

Pengarah Penyiaran Radio Malaysia Kelantan



Saturday, November 7, 2009

Final Piala Malaysia di Radio Malaysia Kelantan FM

Jangan lupa ikuti siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Radio Malaysia Kelantan FM pada 7 November 2009 bermula jam 8.45 Malam bersama Petugas RMKelfm, Rudin Ismail dan Ebeng.


Kelantan



Negeri Sembilan

0 comments:

Post a Comment

Sejarah Radio Malaysia Kelantan FM

Sejarahnya bermula pada 16 November 1963, dimana Radio Malaysia Kota Bharu mula beroperasi. Perasmian pembukaan pula dilakukan pada 6 November 1964 oleh K.D.Y.M.M. Al-Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Petra. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd. Razak, Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia dan juga Menteri Besar Kelantan, Encik Muhammad Asri.RTM Kota Bharu merupakan stesen RTM pertama di Malaysia yang mempelopori siaran daerah.

Kos pembinaanya mencecah RM 115 juta dan dilengkapi 3 Studio yang terdiri dari 2 Studio Siaran dan 1 Studio Ceramah. Bangunan ini turut dilengkapi dengan sebuah Panggung ataupun dikenali sebagai Auditorium dan boleh memuatkan lebih kurang 160 orang penonton. Siaran daerah pada masa itu disiarkan hanya beberapa jam sahaja sehari dan mendapat sambutan segenap lapisan masyarakat.

Di awal penubuhannya,Radio Malaysia Kota Bharu merupakan stesen permulaan memulakan siaran daerah kawasan timur berbanding dengan negeri-negeri lain dan berita daerah disampaikan dalam loghat Kelantan. Kakitangan awal radio ini hanyalah seramai 66 orang iaitu dari bahagian teknikal dan rancangan. Pada awal penubuhannya, stesen ini meruapakan Ibu Pejabat bagi Kawasan Timur sehinggalah pada tahun 1972.

Pada tahun 1972, fungsinya sebagai Ibu Pejabat telah dipindahkan ke Stesen Radio Televisyen Malaysia Kuala Terengganu yang baru siap dibina.Dengan perpindahan ini maka RTM Kota Bharu menjadi stesen siaran tempatan. Siaran tempatan bermula jam 5.15 petang hingga 6.15 petang. Mulai 1 September 1980 masa siaran tempatan ditambah selama 30 minit lagi untuk siaran sebelah pagi dari jam 8.30 hingga 9.00 pagi. Apabila waktu Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan pada 1 Januari 1982. waktu siaran tempatan juga diubah kepada mulai jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi manakala siaran sebelah petang pada jam 5.45 petang hingga 6.45 petang.Masa siaran tempat turut diubah pada tahun 1986 apabila siaran tempatan dikenali RMKB yang bermula jam 7.00 pagi hibgga 9.00 pagi setiap hari manakala pada tahun 1988 siaran tempatan sebelah petang dimulakan dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Pada tahun 1993, RTM telah mengubah polisnya daripada tiga siaran iaitu siaran kebangsaan, daerah dan tempatan kepada siaran kebangsaan dan negeri. Sehubungan dengan itu, nama stesen telah ditukar kepada Radio 3 Kota Bharu.

Bermulanya selama 8 jam sehari dan seterusnya 18 jam sehari bermula dari 06:00 hingga 00:00.pagi

Pada tahun 1996, nama Radio 3 Kota Bharu telah ditukar kepada Radio Malaysia Kelantan selari dengan penyusunan semula stesen radio negeri-negeri di seluruh negara. RMK boleh diterima siarannya melalui FM stereo dan Gelombang Sederhana di negeri Kelantan, Hulu Terengganu dan Selatan Thailand.

Pada 1 April 2005, sempena Penjenamaan Semula Radio Malaysia nama Radio Malaysia Kelantan ditukar kepada KELANTAN.Pada 17 Jun 2005, sempena Perasmian Pelancaran Penjenamaan semula Radio Malaysia Kelantan kepada KELANTAN fm, Yang Berhormat Menteri Penerangan Dato’ Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir mengumumankan siaran KELANTAN fm dilanjutkan dari 18 jam kepada 24 jam mulai 1 Ogos 2005.

Sejak awal penubuhanya, RTM Kelantan telah diterajui oleh 11 orang Pengarah yang bermula dengan Encik Mohd Tahir Ramli sebagai Penyelia Stesen ketika itu.

Daftar Sebagai Ahli Sahabat Kelab Pendengar Kelantan FM